Thursday, April 28, 2011

Biarkan ia berlunjur...




Ada yang mengenali ayam sebegini bukan? Bagi mereka yang arif dan biasa dengan baka ini
pastinya mengenali dan mengetahui akan ayam apakah yang ditonjolkan dalam tajuk posting SJD ini.. Bukan nak menidakkan ataupon menyembunyikan baka mahupon untok meraih populariti , tapi atas dasar permintaan rakan baik SJD yang sama-sama membangun dan pernah terjatoh dalam kegilaan berserama ini terpaksa SJD rahsiakan dulu identiti serama ini yang telahpon menghuni reban SJD semenjak berada di penghujong usia anak A lagi.. Apapun biarkan ia berlunjor sebegini terlebih dahulu sebelom tajok mendatang yang pastinya dinantikan penoh minat oleh pengikut baka ayam sebegini.. Kita hanya merancang dan berusaha, yg menentukan itu tetap dari Yang Maha Esa.. :)

Wednesday, April 27, 2011

Antara Anak Hasel Dari Induk Legasi Nur Kaseh II




Salam penghujong April.. SJD maseh dalam proses RnD lagi, pada tahon ni target SJD nk menghaselkan serama yg bersaiz lebih kecil.. Kecil dan bergaya.. Menerusi kaedah pembiakan yg tersuson, pengharapan SJD adalah untok meminimumkan saiz serama sekecil yg mungkin.. SJD paparkan pula antara anak yg dikeluarkan menerusi induk Nur Kaseh II.. Harap2 menjadi jantan la.. Mula tarik.. Dah pandai nk galak kepada betina.. SJD tak asingkan lagi, risau takot ia memberi kesan jangka panjang jika tarik awal time kecik2 camni.. Apa pun maseh menunggu lg produk pertama Nur Kaseh II ini..hehe.. Dan di bawah ni ialah adek beradek nya.. SJD pernah postkan dalam tajok terdahulu..





Tuesday, April 12, 2011

?


Patah tumboh hilang berganti.. Harap anak A ini bakal meneruskan kegemilangan keturunannya nanti.. Produk yg dihaselkan sendiri di reban SJD.. Terpaksa letak banyak2 sebab anak A ni dah mula tarek dan lonjak awal.. Nantikan dulu usianya meningkat sebelom diberikaan nama.. Hehe.. For display only..

Monday, April 11, 2011

Aksi Terakhir Di Reban SJD


Sebelom serama ini dihantar jauh ke reban seorang rakan, sempat jugak SJD snap satu gambar dengan aksi menarik serama muda ini.. Buat kali terakhir ia bergaya sebelom berlepas ke reban barunya nanti.. Moga tuan barunya berpuas hati dengan serama ini dan juga pada harga yaang istimewa.. Kalau berkesempatan boleh bawa bertanding dalam tempoh terdekat.. Moga kita berjumpa lagi.. TQ buyer!

Sunday, April 10, 2011

For Sale (Sold)


Serama muda hasil reban SJD.. Dibuka untuk jualan pada harga istimewa.. Mengurangkan kuantiti di reban untuk proses kemasukan baka-baka lain pula.. SJD beri percuma seekor induk betina di atas pembelian serama muda ini.. Berminat boleh hubungi/SMS no. SJD disebelah.. Terima kaseh.

Saturday, April 9, 2011

Generasi Anak Betina Banun SJD

Entah kenapa tahon ni banyak sangat keluar anak betina di reban SJD.. Walaubagaimanapon SJD tetap bersyukur dengan penghaselan anak-anak tina ini.. Banyak-banyak pun sekarang dah tinggal sikit je.. Yang lain semua disambar orang.. Kali ni SJD upload pulak anak tina baka Banun SJD.. Moga bertahan anak betina ini untuk dijadikan indok kandang SJD dan dimasokkan semula bersama bapak Banunnya bagi Projek 2011 SJD..

Thursday, April 7, 2011

Anak Tino SJD (Sold)

Video ini adalah anak betina baka keluaran SJD.. Bertuboh lebih panjang namun memiliki gaya dan dada yg lonjak apabila diletakkan atas meja.. Ada juga yg berminat? Boleh saja hubungi SJD pada nombor di sebelah.. TQ

Tuesday, April 5, 2011

Riadah Petang Si Anak-anak

Nak tunggu besar lambat lagi.. Pada petang hujong minggu yg lepas sempat jugak SJD bagi peluang kepada anak-anak dari reban SJD ini untuk keluar beriadah mematok-matok dan mencakar tanah serta rumput.. Bukan apa, skali skala macamni la yg SJD lakukan masa cuti.. Kalau hari biasa memang tak sempat la SJD nak beramah mesra dengan ayam-ayam ni kerna kekangan kerja.. Bagi yg berminat buleh jugak contact untuk mendapatkan produk keluaran SJD ini..