Tuesday, June 28, 2011

Sri Palas pulak dah....!!!



Nama: Sri Palas.

Usia: Remaja.

Pemilek: Cikgu Lah Vistana (Terbaru di rebannya).

Apa kata survey: Halus, kecil molek, mantap dan bergaya padu. (Geram macam nk ambik boh dlm poket, bawak balek je..hehe)

Catatan : Bukan untok dijual, hanya tatapan umum sahaja.

Dari SJD : Hehe..SJD pn tak mau komen banyak dah pasal ayam ni, sapa yg pernah lihat pasti akan mengetahui kehebatan dia.. Nak tengok lagi detail, tunggu sahaja pada game-game yg terdekat..Insyaallah Sri Palas ni akan beraksi di atas meja.

Jumpa lagi!!

Sunday, June 26, 2011

For Sale: Anak Betina Pasangan Paroh Kubing




SJD nak jual anak betina adek bradek Paroh Kubing seperti gambar ni..Banyak sgt nak simpan pun,penoh reban nanti kalo simpan betina banyak-banyak.. Anak ni nampak berlunjor je sama seperti ibunya,khas untok buat baka.. RM150 seekor (Untuk masa ni je la).. Kalau amik 2ekor SJD percumakan dgn tambang bas untuk hantar ke tempat yg diminta.. TQ!

Sunday, June 12, 2011

Paroh Kubing Anak B: Errk...for sale ke ni?? (SOLD)

Syukorrr..alhamdulillah..pertama skali SJD melaherkan rasa syukor kerna anak-anak di reban SJD telah mula menampakkan potensinya.. Gambar-gambar dan video di bawah ini adalah anak yg pernah SJD tawarkan untok jualan pada usia anak A yg lalu, namun maseh tersimpan rapi dalam reban SJD sehingga kini kerna pembeli lebih tertarek kepada anak betina pada ketika tersebot..hehe..









Dan setelah diasingkan, barulah nampak akan gaya lonjak anak-anak B ini.. SJD bersedia buka utk jualan anak-anak B ini,kalau tak jual pon memang SJD akan siapkan anak ni untok pertandingan 25Jun nanti.. Kepada yg berminat blehlah merisek-risek dgn SMS kan kpd SJD, yg pastinya harga bukanlah seperti ketika anak A dahulu..

Oh ya,sebelom SJD membalas SMS mereka yg bertanya dgn pnjang lebar nanti eloklah kiranya membaca entry SJD ini terlebih dahulu.. Anak-anak ini adalah baka yg dihaselkan sendiri di reban SJD setelah melalui beberapa proses biak turon baka secara berlapis-lapis.. Semakin keluar semakin berhasel,dan itulah target SJD.. Yang pasti tidak berputus asa..

Dua gambar dan video dibahagian atas dinamakan Paroh Kubing SJD.. Parohnya yg sedikit terlebih di bahagian bawah namun tidak begitu ketara sgt selepas SJD lakukan sedikit 'trim' kat parohnya selepas sesi photoshoot ini diambil..

Manakala dua keping gambar di bawah ini pula adalah adek beradeknya jugak yg lengkap tanpa ada lebihan paroh pun.. SJD maseh lg menantikan potensi anak ini yg mana belom lonjak sepenohnya lagi seperti saudaranya yaitu si Paroh Kubing di atas.. Itu saja serba sikit penerangan SJD tentang entry SJD kali ini..





Sekian terima kaseh..hehe

Wednesday, June 8, 2011

Good To See, Nice To Hold. . .



Johan Muda pada Pertandingan Ayam Serama Karnival Langkawi Geopark 4 Jun 2011.. Inilah dia serama muda milek Cikgu Lah Vistana.. Rakan yang sama terjatoh dan terbangun bersama SJD dalam dunia berserama ini (tapi SJD yg banyak terjatoh je..hehe), mengunggoli kategori muda di Pulau Lagenda Mahsuri pada 4 Jun yang lepas, mula menunjokkan taring untok terus menakluki beberapa lagi siri pertandingan sepanjang tahon ini..




Nahhh, lihatlah keunikan serama ini bagi mereka yg berada jauh tak kira dalam ataupon luar Malaysia, inilah yang dikatakan Serama Sri Lada milek Cikgu Lah Vistana.. Yeahhhh tahniah Cikgu!!