Monday, December 26, 2011

Kecil-kecilan. . .



Tiada penceritaan khusus untok tajok SJD kali ni.. Sekadar mengupdate blog dengan memaparkan antara produk terbaru di reban SJD.. Anak kecil berwarna ara beserta dengan seekor ayam kuning yang baru menginjak ke usia muda.. Yang pasti kehalusan saiznya terus dikekalkan..

Thursday, December 15, 2011

Bapak Kuning Tasek


Bapak ini semasa usia remaja dan awalnya ramai yg berminat (ada dalam posting SJD terdahulu dlm tajok 'Salam Syawal').. Ada juga cuba yg merisek tapi tak berani nak ambil sebab takut tak boleh mengeluarkan benih.. SJD sendiri pun tak meletakkan harapan 100% cuma yang SJD janjikan, SJD akan berusaha serta memikirkan kaedah terbaek bagaimana untok mengadunkan bapak ini dengan pasangannya untuk menurunkan baka..

Alhamdulillah, akhernya bapak kuning yang diberi nama Kuning Tasek ini telah berjaya menghaselkan anak bersama pasangannya..

Cutting, tuboh yang halus, serta aksesori yg lengkap (pada pendapat SJD la) disamping gayanya berjaya menutop kelemahan ketaranya yaitu berekor senget.. Walaupon timbol keinginan untok dibaek pulih bagi menyertai pertandingan, namun atas faktor jangka panjang SJD lupakaan saja itu semua.. Yang penting baka dan darah keturunannya perlu diturunkan di reban SJD..haha.. Bagi mereka yang pernah melawat reban SJD pasti anda tahu salasilah dan asal usolnya seperti mana yg pernah SJD khabarkan dahulu..

Usaha tangga kejayaan... Jadi, renung-renungkanlah dan selamat beramal :)

Wednesday, December 7, 2011

Lagi Baharu. .

Kat sini ada dua ekor anak B dari reban SJD.. Bapak yang sama (bapak pun bukan dari reban SJD ni..ehehehe) tapi berlainan ibu.. Sebelom bapaknya bertukar reban, sempat la mengeluarkan hasel dan menurunkan bakanya.. Diharap kesinambungan kehebatan baka ini terus diwarisi lagi kepada pelapis-pelapisnya yang telah mula menunjokkan taring di beberapa pertandingan kebelakangan ini..

Antaranya gambar yang pertama ini, anak B tapi bercampur sikit warnanya.. Ada 5 bradek yg sama telor dengan anak ni, tapi 3 ekor dah bertukar reban.. Yang sekor tu pernah dibawa bertanding oleh pemilek barunya dan menggondol naib johan Anak A di Kedah bulan lepas serta seekor lagi mendapat tempat ke-3 bersama pemilek barunya pada pertandingan besar di Ipoh tempoh hari..


Dan gambar kedua ni pula anak B yang berwarna kuning bersih serta lengkap aksesorinya.. Slalunya ayam ini lebih slow pada usia sebegini.. Hehehe.. Nampak kat sini macam biasa saja, tapi inilah bakal pewaris kepada generasinya yang telah berpindah milek dari reban asal tuannya dulu.. :)

Monday, December 5, 2011

Kubings The Return (Video)


Setelah lama menunggu akhernya slow-slow dah kubing ni mai perangai jahat dia.. Walaupon ekor menyalin tak abes lagi ni, tapi ni la satu-satunya generasi kubing SJD untok dijadikan pengganti kepada bapaknya yang akan mencapai usia persaraan wajib tak lama lagi..

Hehe bermula dengan gambar semasa anak A yang SJD pernah uplodkan dulu, dan kali ni SJD uplodkan pula gambar dan video terbarunya.. Dengan cutting tinggi, halus dan aksesori yang lebih baek (cuma balong maseh dalam pembaikan) beserta dengan gayanya pasti ditunggu dengan penoh minat lagi oleh SJD sendiri..