Friday, November 27, 2009

Serama Sri Medan

Insyaallah serama Sri Medan dalam video di bawah akan memeriahkan bon di Kedah pada 5 Disember ini. Ayam ini dalam proses persiapan fasa terakhir untuk membolehkannya beraksi pada hari pertandingan. Diharap penampilan sulungnya nanti akan membuahkan hasel dan khabar gumbira kepada tuan empunya ayam ni yg berada jauh di Indonesia pada hari tersebot. Sama-samalah nantikan kemuncolannya..


Monday, November 23, 2009

For Sale

Video 1 - Remaja baka Seberang Takir


Video 2 juga remaja terpilih cikgu Lah..for sale..



video ke3 serama ABS tempat ke5 bon alor star 7/11/09




call cikgu lah vistana- 0195765422

Pembaka Senior Bukit Pinang

Serama di bawah ini merupakan pembaka senior dari Bukit Pinang.. merupakan seekor serama yg banyak memenangi kejuaraan pada zaman mudanya..sekarang lebih ditumpukan kepada penghasilan baka..

Gegar Pinang






Bang Non Bukit Pinang..sorang peminat serama yang tidak asing lagi di Kedah khasnya ataupun di utara tanah air ini..rajin jugak SJD meninjau ke rebannya. Setiap kali ke sana SJD tidak ketinggalan untuk menggunakan handphone SJD yang tidak seberapa canggih ini untuk merkamkan aksi gambar serama di rebannya..hehe

Terjah Reban (Sold Out......TQ buyer)

Hujan lebat disana sini. Utara dan timur semenanjung mula dilanda banjir. Ada yg kali kedua sudah kawasan mereka ditenggelami banjir.
Nak keluar bersuka ria,bersukan di padang mahupun minum di warung tepi jalan pun takut dibasahi hujan plak. Apa yg boleh buat, dudok ngadap ayam di reban sendiri dan jugak menerjah reban kawan-kawan terdekat..hehe

Video pertama ni ialah serama induk remaja cikgu Lah vistana. Baka dari Terengganu. Ada gaya gegar jugak induk remaja ni..huu..xpadan dgn usia remaja nya, dah mula tunjok gaya yg betul2 menyejukkan mata memandang..haha..pujuk cikgu lah ni..dia kata nk jual RM500

Video kedua ni juga induk muda dari cikgu Lah vistana. Pernah menduduki tempat ke-4 kategori induk pada pertandingan 7/11/09 di Alor Star. Cikgu lah bersedia buka untok jualan..katanya harga pun RM500 jugak


Friday, November 13, 2009

Selamat Datang

Selamat datang kepada pengunjung semua..kehadiran blog Serama Jalan Day ini adalah untok memeriah dan meramaikan lagi minat dan pengetahuan semua pihak kepada hobi berserama.
Salam suai kenal kepada semua pengunjung dari saya Serama Jalan Day (SJD) dan selamat melayari blog ini seadanya..