Wednesday, September 12, 2012

Dari Reban SJD Muncol Pula D' Jarum (SOLD)




D' Jarum...hehe puas pusing nak letak nama apa plak kali ni.. Dapat la idea nk buboh nama ayam ni D' Jarum pulak...sebab apa SJD letak nama D' Jarum? Ini ialah kerna D'Jarum ni memiliki lawi keras yg halus sangat2.. Ayam ni pulak kecik saja..

Insyaallah tunggu kehaderan D' Jarum ini pada game2 yg berdekatan..hehehe..not for sale..

Ok yg kat bawah ni pula dara lonjak baka Palas Mas.. Sekadar hiasan untok bagi nampak banyak skit gambar dalam posting SJD kali ni..hehe

Monday, August 20, 2012

Lagi Aksi Anak Palas Mas


sambel makan ketupat palas di hari raya sempat lagi snap aksi seekor lagi aksi anak palas mas yg tak seberapa ni..hee..

muga ianya terus bergaya disamping memiliki pakej aksesori yg buleh tahan dan tuboh yg halus, tak la terasa ralat sangat nak menunggu masa ia menginjak usia muda nanti..

inilah dia anak dari baka palas mas di reban seramajalanday :)

Thursday, August 9, 2012

Salam Lebaran 2012

Palas Mas!!

Dah lama rasanya SJD tak update blog ni, dan selama itu jugaklah ramai dikalangan rakan-rakan serama yang bertanya kemana menghilangnya SJD sampai tak update blog... Hehe, ada saja ni cuma SJD agak sebok sikit kebelakangan ini.. Walaubagaimanapon, hobi berserama ini tetap kekal di hati SJD..


Reban SJD dalam proses penghaselan baka-baka Palas Mas (kesinambongan baka tersohor milek Serama Vistana yg diadunkan dengan produk-produk terpileh dari reban SJD sendiri) untok dilihat keberhaselannya.. Alhamdulillah, setakat ini tidak menghampakan dan ianya diharap memberi keputusan yg positif sedikit masa lagi..

Gambar ini adalah anak baka Palas Mas yg sempat SJD upload.. Proses untok menghaselkan serama kecil yg bersaiz super serta mampu bergaya dengan baik.. Ini untok tatapan sahaja.. Hehe :)


Dan kepada mereka yg akan pulang berhari raya atau berkunjong ke Alor Setar, bulihlah berkunjong ke reban SJD nanti.. Cuma inform dahulu kepada SJD nanti takot tiada kat rumah, naya pulak kalu tala mai terus.. Ada yang nak di jual dan ada untok tatapan.. Apapon bulihlah berkunjong dulu ye..

Skali lagi SJD tuliskan no.phone SJD 0143496116 (BB Pin: 27F9F67D)

Dikesempatan ini SJD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat-peminat serama beragama Islam tidak kira di mana jua anda melayari blog Serama Jalan Day ini.. Maaf zaher dan baten :)

Sunday, June 3, 2012

Jualan Musim Cuti




Jualan anak B ni..ayam biasa je lagi..hrga istimewa dah ni..produk sendiri reban SJD (baka reban SJD)... Berminat bleh terus call/sms/bbm SJD (pin:27F9F67D)..

Kali ni SJD tak sediakan khidmat penghantaran dah.. Datang, tenguk, beli, bayar dan bawa balek sendiri.. tak mau crita panjang-panjang sebab ayam biasa ja ni...hee :)

Harga ni SJD rasa dah berpatutan dan cukop murah dah untok tempoh terdekat ni. Kalau ada yg nk murah lagi dan btau kat SJD yg mereka nak ayam yg biasa-biasa sebab baru main serama (ayat standard ni..hehe), haa maih reban SJD, bukan kata murah tapi SJD siap ada yg nk bagi free lagi (lepas beli yg ni la)..haha




Monday, May 21, 2012

Muncol Pula Sri Gamat..yeaahhh!!

Kali ni SJD sempat berkunjong ke reban salah seorang rakan dari Alor Setar Serama Group yaitu reban Dr. Wazir.. SJD amat tertarek dengan kehebatan ayam milek Dr. Wazir ini dengan gaya yang tersendiri.. Ayam muda berdarah submarine ini membuktikan ia telah bersedia untok meneruskan kehebatan legasi keturunannya di arena pertandingan tempatan..




Dengan berkaki tinggi, halus dan berperangai jahat di meja, sudah pastinya ayam muda yang diberi nama Sri Gamat ini bakal ditatapi oleh para peminat serama tempatan di mana-mana pertandingan dalam tempoh terdekat.



 Sebelom mengakhiri tulisan kali ni, SJD nak maklomkan yg Dr. Wazir bagitau Sri Gamat ni untok tontonan dan tatapan umum saja..not for sale, ok.. Hehe, so tiada lah kiranya SMS kepada SJD yang nak bertanya lagi pasal ayam ni untok dijual ke tak..





















Ok, sekian..jumpa lagi... (haa ni BB pin SJD- 27F9F67D)







Saturday, May 19, 2012

Serama Dalam Majalah Jinak Edisi Mei/Jun 2012

Salam..dah lama rasanya SJD tak update blog, untok tajok kali ni SJD nak tunjokkan pula isu No.2 Majalah Jinak kali ni.. Dan seperti yg anda lihat, tajok SJD dipileh sebagai artikel utama edisi ini.. Bukan bermakna cerita Serama Jalan Day saja diterangkan dalam tajok itu tetapi lebih menjurus kepada hobi berserama secara umumnya.. SJD bersama rakan-rakan dari Alor Setar Serama Group telah dikunjungi pihak editorial Jinak untok mengetahui serba sikit perkembangan serama di Malaysia ini..

Insyaallah harapan SJD agar suatu hari nanti artikel atau rencana mahupon ruangan kolumnis pencinta serama tanah air mampu dipaparkan di dalam media tempatan ini setiap bulan agar terus menerus dikekalkan hobi ini supaya tidak lekang dek hujan tidak lapok dek panas (baca sambil buat gaya tangan macam Karam Sing Walia)..


Ok, ni serba sikit gambar atau artikel dalam majalah tu.. 10 muka surat khas untok tajok serama kali ni penoh berwarna-warni.. Kat sini SJD tunjok sikit-sikit ja...ambik bau ja dulu(macam crita P.Ramlee), nak tau lebih lanjot bleh beli majalah ni... Cerita ikan arowana, kucing, merbah jambol dan haiwan-haiwan lain pun ada... senang cakap, 'macam-macam adaaaaa'..

Selamat membaca..haha




Thursday, April 19, 2012

Tu dia.. Anak BPR 2012!



Ramai sangat yg bertanya adakah BPR milek Cikgu Lah Vistana itu mempunyai bakanya sendiri.. Jawapan disini, "Yup, sudah ada anak-anaknya yang telah ditetaskan sendiri di Ladang Serama Vistana".. Dan dikesempatan ini SJD dengan keizinan pemilek BPR telah sempat mensnap foto anak BPR yang disimpan rapi di reban SJD ni untok tatapan umum peminat-peminat serama khasnya..

Seekor dulu ye, Insyaallah waktu lain SJD akan uplod lagi perkembangan anak-anak ayam lain pula.. Errr..jangan ada yg sms SJD tanya brapa harga nak jual anak ayam ni ye.. SJD hanya penjaga saja.

Ok, jumpa lagi!

Monday, April 16, 2012

Semangat Zaman: Bumi Putra Rockers (BPR) BOTB Kali Ke-3 Berturot-turot

Kekal unggol dalam kelasnya tersendiri.. Rasanya tak perlu SJD perjelaskan lagi di sini, bagi pencinta-pencinta serama di Malaysia ini pastinya kita sudah dapat melihat kehebatan ayam milek Cikgu Lah Vistana ini.. (Tajok permulaan berkaitan ayam BPR ini pernah SJD tuliskan pada bulan Oktober 2011 yang lalu)



Selatan, timor apatah lagi di bahagian utara ini sudah dijelajahi segenap pertandingan yang kecil mahupon besar.. Terbukti BPR maseh berada dalam kelasnya tersendiri.. Beraksi selam kibas bertubi-tubi dan lagak dihadapan kamera ataupon orang ramai apatah lagi dihadapan juri, BPR meneruskan kesinambongan gelaran Best Of The Best buat kali ketiga berturot-turot.. Kali ini pertandingan di Pulau Pinang yg berlangsong pada 14 April 2012 pula menjadi medan pertabalannya selaku gelaran juara kategori B dan BOTB..



Yang pasti pemileknya sudah boleh tersenyum dengan kemampuan BPR kali ini.. Bak kata pepatah, 'patah tumboh hilang berganti'.. dan inilah yang telah dibuktikan oleh Bumi Putra Rockers milek Cikgu Lah Vistana dengan keunggolan 'Semangat Zamannya'..

Thursday, April 12, 2012

Kelaheran Sri Tualang

s

sri tualang..milek cikgu lah vistana hasel dari proses biak baka yg mula memberikan petanda positif dari rebannya..

Friday, April 6, 2012

Sri Laban: Apabila Mula Dipertontonkan



Ayam muda berdarah asal Sri Palas (bapak yg sama dengan Sri Palas) ini ditetaskan sendiri di reban Cikgu Lah Vistana.. Kini ia telah menjangkau usia muda dan sedang dalam proses persediaan untok mengharungi pertandingan-pertandingan besar tanah air..

Adakah ia bakal menurot jejak langkah asal keturonannya? Sama-samalah kita nantikan ayam yg dinamakan Sri Laban ini (nak tau kenapa nama Sri Laban? haa nanti tanya pemileknya sendiri..)



Hehehehehe =)

Wednesday, April 4, 2012

Best Of The Best - BPR Cikgu Lah Vistana


Satu ketika petang yg mendamaikan, SJD seperti biasa berkunjonglah ke reban Cikgu Lah Vistana untok menatap piala-piala dan aksi spontan seekor juara serama tanah air masa kini..

Dikesempatan yg mulia ini dicoretkan serba sikit catatan ringkas sepanjang penampilan BPR dalam arena pertandingan ayam serama di Malaysia ini:

~ Ke-3 Kategori Serama A di Ipoh, Perak
~ Johan Kategori Serama A di Langkawi, Kedah
~ Naib Johan Kategori Serama A di Alor Setar, Kedah
~ Naib Johan Kategori Serama A di Kelantan
~ Naib Johan Kategori Serama B di Melaka
~ Johan Kategori Serama B dan Best Of The Best di Sungai Petani, Kedah
~ Johan Kategori Serama B dan Best Of The Best di Kota Baru, Kelantan



Semua pencapaian ini diperolehi ketika BPR berada dalam tangan pemileknya sendiri yaitu Cikgu Lah Vistana.. Selamat menjamu mata..hehe =)

Monday, March 26, 2012

Lagi Legasi BPR Milek Cikgu Lah Vistana

Salam.. Posting kali ni SJD nak tunjokkan produk baru di reban Cikgu Lah Vistana.. 2 ekor anak betina (Gambar 1 & 2) dan seekor anak B (Gambar paling bawah) berdarah yang sealiran dengan BPR..



SJD nak tunjokkan kat sini bagaimana rupanya serama yang mempunyai talian darah yg rapat seperti BPR supaya lebih mudah untok peminat-peminat di luar sana melihat bagaimana rupanya legasi baka ini ketika kecil.. Hehe berlunjor saja kan :)



Ok, bagi mereka yg nk tanya khabar tentang produk-produk ini bolehla terus hubongi Cikgu Lah Vistana saja.. Hehe anda buat, anda dapat.. Jadi, renung-renungkanlah dan selamat beramal

Thursday, March 22, 2012

For Sale (Ayam Kubing Muda dan Anak Reban SJD)

Jualan Mac kembali.. Muda kubing ni, berdada besar produk SJD sendiri.. lama sangat ekor tak siap-siap lagi.. SJD nak jual, kalau berminat bleh contact SJD sendiri..



Disini juga gambar anak.. Anak Ara ada 2 pasang untok dijual.. berminat bleh contact SJD 0143496116 (BBM pin 27F9F67D) .. Trima Kaseh :)

Sunday, March 18, 2012

Anak BPR (Cikgu Lah) dan Anak Terkini Produk SJD

Salam semua peminat serama.. Dah lama rasanya SJD tak update blog ni..hehe.. Dikesempatan ini SJD nak tunjokkan serba sikit antara baka BPR milek Cikgu Lah Vistana yg tersimpan di reban SJD ni.. Gambar pertama ni saja adalah anak A (betina) BPR.. Kalau berminat boleh terus risek-risek dengan Cikgu Lah Vistana sendiri ye..



Ok, yang gambar kedua dan ketiga ni pula produk dari reban SJD sendiri.. Tiada kaitan dengan BPR langsong.. Hehe.. Bagitau siap-siap ni nanti ada yg dok tanya lg.. Baka dari Kubing dan Ara SJD.. Ni gambar dia..





Sekian untok kali ini..hehe :)

Monday, February 6, 2012

"Sri Bonai Bukan Sekadar Rupa"


anak yg tak seberapa ni terhasel lg dari beberapa kacukan dan pembiakan terpileh di reban serama jalan day..dan inilah yg dinamakan sri bonai.. haha €:)

Tuesday, January 17, 2012

Pertandingan Ayam Serama Pada 21 Januari 2012 (Sabtu)

PERTANDINGAN AYAM SERAMA 21/1/2012 (Sabtu)

Info dari Amin Kuala Nerang

PERTANDINGAN AYAM SERAMA ANJURAN BERSAMA KELAB SERAMA KEDAH DAN JAWATANKUASA PIBG SEK. KEB MERGONG, KEDAH
TARIKH : 21 JANUARI 2012 (SABTU)
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK MERGONG,JALAN LENCONGAN BARAT
ALOR SETAR KEDAH.

KATEGORI
SERAMA ANAK A (100g KE BAWAH)
SERAMA ANAK B (140g KE BAWAH)
SERAMA REMAJA
SERAMA MUDA
SERAMA A (350g KE BAWAH)
SERAMA B (351g KE ATAS)
SERAMA TAK KIRA LAWI
SERAMA INDUK
HADIAH
TEMPAT PERTAMA : RM 200.00 & PIALA
TEMPAT KEDUA : RM 150.00 & PIALA
TEMPAT KETIGA : RM 100.00 & PIALA
SAGUHATI : BARANGAN ELEKTRIK
CABUTAN BERTUAH
RM 50.00 x 4 CABUTAN
HAMPER DAN BARANGAN
BONANZA
RM 300.00
Best Of The Best
RM 100 dan Piala

YURAN PENYERTAAN : RM 35.00