Wednesday, December 29, 2010

Update Penghujung 2010 (Sold)


Lama rasanya tak update blog SJD ni..disini SJD paparkan lagi seekor serama yg menarek perhatian SJD untok dimasokkan dalam entry kalini..Bambang!! Mungkin nama itu yang akan tuannya beri. Hehehe.. Bambang, dengan gaya yg menawan, memberikan pengharapan kepada pemiliknya untok dibuktikan pada pertandingan di tahun 2011 nanti..

SJD masih menantikan keputusan R&D di reban SJD pada tahun ini..telah mengeluarkan beberapa produk untuk diuji tahon hadapan.. Insyaallah akan SJD paparkan sedikit masa lagi nanti.. Selamat Tahon Baru 2011!!

Saturday, September 18, 2010

Ini Yang Dipanggil 'Banun'


Ya, ini yang dipanggil Banun.. Kenapa mesti Banun? Jawapannya memang ayam ini berketurunan Lanun yang SJD dapati di reban seorang kenalan rapat serama di utara ini.. Disamping gayanya yang menggiurkan (boleh ke guna perkataan ni untok ayam, belasah je la..), dengan kaki yang tinggi halus umpama betis Rozitacek Wann, Banun akan SJD jadikan produk ujian di reban SJD ini untok penghaselan anak yang bermutu di tahon 2011 nanti.. Insyaallah..
Dikesempatan ini juga SJD ingin menguchapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat peminat serama yang sudi menjengah ke blog Serama Jalan Day ini.. Maaf zaher dan baten juga kepada anda semua!

Friday, August 27, 2010

Jabulani (Sold)


Jabulani ini bukan sejenis bola piala dunia, hanya sekadar nama saja untok serama yang ada di reban SJD kali ni.. Serama Jabulani telah mula menunjokkan gaya secara senyap.. Dimiliki oleh SJD pada usia anak B yang langsong tidak bergaya pada ketika itu, namun berpegang kepada salasilah dan darah keturunan yang ada padanya, serama ini disimpan juga untok dilihat sejauh manakah kemampuannya mewarisi gaya keturunan asal.. Sama-samalah kita tunggu.. Anda buat, anda dapat!! Salam Ramadhan 2010..

Wednesday, July 21, 2010

SRI VISTANA


Serama milek Cikgu Lah yang menjadi Johan Kategori Muda pada pertandingan kecik di Seberang Jaya 10 Julai 2010 yang lepas.. Berasal dari reban peminat serama yang tidak asing lagi di Kg. Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, serama ini telah berpindah tangan ke reban Cikgu Lah pada usia remaja.. Nampak biasa saja pada peringkat awal..

Namun dengan berkat kepercayaan dan keyakinan akan asal usol baka ini ianya ditunggu dengan penoh sabar oleh pemilek baru.. Dan pada usia awal mudanya ini maka gayanya telah mula ditonjolkan kepada semua peminat serama yg sempat menyaksikan aksinya pada bond 10 Julai yang lepas.. Inilah dia serama Sri Vistana!!

Sunday, May 9, 2010

Cantek Klasik

Disamping mencuci mata dengan serama kawan-kawan, SJD tak terlepas dari memandang dan mengambil gambar jentera klasik Cikgu Lah Vistana.. Ayamnya yang hebat,sama memikat seperti motosikal klasik nya.hehe.. Gambar pertama, berdiri megah Tok Janggot disisi motosikal klasik tuannya


Gambar yg kedua, Rexy..ayam muda nak ke B..



Gambar ke-3 Anak Ara..

Thursday, April 8, 2010

Pertandingan Kecil Alor Star 17 April 2010 (Sabtu)

Satu pertandingan serama kecil-kecilan (sebagai percubaan) akan diadakan pada 17 April 2010.. Maklumat lanjut adalah seperti tertera di bawah ini..

Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)

Masa : 9 pagi

Tempat : Hadapan Klinik Kesihatan Mergong, Alor Star.. (Jalan dari bandar Alor Star menghala ke Kuala Sungai)

Pengadil : Kedah/Perlis

Yuran : RM15

Kategori : Anak (Ciri-ciri anak)
Remaja
Muda
Tanpa Lawi

Hadiah Setiap Kategori : Johan = RM40
Naib Johan = RM30
Ketiga = RM20

Cabutan Bertuah : 5 Cabutan bertuah berupa barangan elektrik+hamper.

Maklumat Lanjut Hubungi : Pak Rashid@Pok Shed di 013-4270721

Sekian, harap maklom..

Sunday, February 28, 2010

Video Generasi Kuda Laut (SOLD)

Posting kali ni SJD paparkan video baka Kuda Laut milik Cikgu Lah yang disimpan di reban SJD.. Sekurang-kurangnya takdalah terbiar kosong saja reban SJD kat rumah ni.. Boleh la nak releks-releks lepas penat balik kerja sambil tengok ayam bergaya..



Kalau ada yang berminat bolehla cuba merisik dengan Cikgu Lah Vistana sendiri.

Friday, February 26, 2010

Dara Nur Kaseh (SOLD)

Kali ini SJD paparkan antara induk dara yang SJD gelarkan Dara Nur Kaseh yang terdapat di reban SJD..hehe curi nama cerita Nur Kasih pulak dengan harapan bakal menjadi induk yang bergaya dan mengancam macam heroin cerita tu..hehe

Friday, February 12, 2010

Video Anak SJD (SOLD)

Video anak hasil dari reban SJD yang tak seberapa ini..hehe

Friday, January 22, 2010

Senjata 2010 Cikgu Lah Vistana

Dah lama rasanya tak berjalan ke reban kawan-kawan berdekatan.. Sempena dengan cuti hujung minggu di negeri Kedah ini, SJD amik kesempatan untuk menerjah ke reban Cikgu Lah Vistana di kawasan Langgar, Alor Star.. Sempat jugak SJD snapkan beberapa keping gambar serama Cikgu Lah Vistana yg bakal mewarnai pertandingan tahun ini.. Selamat menjamu mata..hehe
Gambar pertama ialah anak A@B

Gambar kedua ialah gambar terkini muda baka Kuda Laut yang ada dalam koleksi Cikgu Lah..

Kalau ada sesiapa berminat atau mahu menjamu mata dengan koleksi reban Cikgu Lah Vistana ini janganlah segan-segan untuk berkunjung ke rumahnya.. hehe

Monday, January 18, 2010

Pembuka Tirai 2010


Salam semua..terlebih dahulu tidak terlambat bagi SJD mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua peminat serama di seluruh tanah air dan di negara lain juga.. Mudah-mudahan tahun 2010 ini memberikan lebih kemeriahan kepada industri serama tanah air..
Membuka tirai SJD pada tahun 2010 ini SJD tampilkan gambar anak B yang baru mula diasingkan dgn kelompok yg lain..harap2 bleh membawa tuah kepada SJD untuk tahun ini..SJD letak nama ni anak Timor Leste..hehe