Sunday, November 27, 2011

For Sale (Inspirasi Dari Che Mek Molek) -SOLD..tq buyer

Semakin hari semakin banyaklah pulak produk-produk betina di reban SJD ni.. Bila dah banyak mulalah kena fikirkan cara untok menambah reban bagi mengisi produk-produk baru ni.. Haha, dikesempatan ni ada la beberapa ekor anak yang SJD nak lepaskan dengan harga yang seswai..

Antaranya ada dua ekor anak betina (Rujok gambar 1 dan gambar 2) yang mempunyai cutting dan gaya menarek ketika usia anak ni.. Mudah-mudahan anak-anak ni akan mengikot dan melebihi kemolekan betina Che Mek Molek yang SJD pernah uploadkan dulu tu.Gambar 1 (Sold)

Gambar 2 (Sold)


Alang-alang dah mengetok keyboard komputer ni SJD boh la skali gambar-gambar lain lagi yang SJD rasa bolehla anda di luar sana datang merisek ke reban SJD ni tengok kut-kut ada hat berkenan.. Yang sekor ni pun anak betina jugak SJD nak lepaskan ni (Rujok gambar 3).
Gambar 3 (Sold)


Kalau yang kuning sekor ni pulak anak jantan (Rujok gambar 4).. Belom diasingkan lagi sebab bilek pun dah ngam ngam bagi bleh simpan je.. Adek-bradek dia yang sebelom ni pun telah bertukar reban dan pernah mendapat naib johan kategori anak A pada game di Alor Setar 26 November yang lepas..
Gambar 4 (Sold)


Dan yang last (last untok tajok kali ni) ni pula anak kaler Ara (Rujok gambar 5).. Anak ni pun dah mula bergaya tapi ekor dia tikam kepala sikit.. Kalau yang buleh nak adjust ataupon rajen bab repair-repair ekor ni boleh la tanya khabar kalau berkenan..
Gambar 5 (Sold)

Hehe itu saja untok tajok kali ni..

Thursday, November 24, 2011

Kisah Serama Dalam Majalah Tempatan

Salam rakan-rakan serama sekalian.. Baru-baru ni SJD ke sebuah kedai buku berhampiran, tiba-tiba terpandang la satu majalah ni ada dengan gambar kucing kat depannya.. Selak sikit tengok isi dalamnya sepintas lalu maka ternampaklah gambar ayam serama.. Apa lagi, sambar la terus 1 naskah..hehe.. Berkesempatanlah SJD pada hari tersebot untuk memiliki majalah baru berkaitan dunia haiwan kesayangan kita yaitu majalah 'Jinak'.. Haa ni 1st time la majalah tu diterbitkan yang mana ia menceritakan hal atau dunia tentang hobi memelihara binatang peliharaan.. Ok, dalam tu seperti biasa la ada kisah haiwan dan gambar2 yang menarek serta info berkaitan beberapa pet shop terpilih.. So kepada rakan-rakan serama sekalian dapatkan majalah ni di pasaran sekarang.. Lepasni mana tau kut-kut artikel berkaitan ayam serama ataupun berkaitan pertandingan yang dianjorkan di tempat anda pula akan direview dalam majalah ni..haha.. Ni ada beberapa pic yg sempat SJD snap dari artikel serama dalam majalah Jinak untok edisi Disember 2011..

Monday, November 21, 2011

Senarai Pemenang Pertandingan Di Alor Setar

Alhamdulillah.. Syukor pertandingan ayam serama yg diadakan di Alor Setar baru-baru ini telah berakhir dengan selamatnya.. SJD yang mewakili pihak Alor Setar Serama Group (ASSG) mengucapkan terima kaseh kepada semua peserta yg sama-sama turun ke pertandingan yang julung kali pihak kami adakan ini.. Ada yang dari selatan semenanjung, Lembah Klang, Perak, Pantai Timur, Pulau Mutiara, Langkawi, Kedah dan Perlis yang jauh dan dekat semuanya turot sama mengambil bahagian.

Dikesempatan ini, SJD dan seluruh warga ASSG ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Penang Serama Group dan Kelab Serama Kedah serta semua krew kerja yang turut sama membantu pihak kami dalam memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar.

Cuma kali ni tak sempat pulak pihak kami men'snap' gambar pertandingan.. Hehe kat bawah ni SJD senaraikan nama-nama pemenang yang mengungguli carta Top 3 bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan jugak Best of The Best pada hari tersebot.. Tahniah kepada semua pemenang..

ANAK A
1. Mizi Idris
2. Serama Ehsan
3. Madi Ipoh

ANAK B
1. Zul Tok Bidan
2. Ah Chun
3. Ahmad

REMAJA
1. Cikgu Man Pendang
2. Serama Ehsan
3. Che Mat Kulim

MUDA
1. Fizan
2. Serama Bang
3. Che Mat Kulim

TANPA LAWI
1. Khairy Sik
2. Dee Penang
3. Serama Sri Lundang

SERAMA A
1. Serama Ridzal Yan
2. Dragon
3. Serama Sri Pauh

SERAMA B
1. Mustaqim
2. Rosdi Langkawi

SERAMA BETINA
1. Dragon
2. Uncle Loh
3. Azmi Kebab

BEST OF THE BEST - Serama Ridzal Yan (Serama A)

Monday, November 14, 2011

Bila Kuning Menguasai Reban SJD



Hampir melabohkan tirai 2011, maka pada penghujong tahon ini SJD berkesempatan melihat hasel-hasel serama yang laher di reban sendiri kali ni lebih menjurus ke arah warna kuning.. Memang benar, bagi sesiapa yg pernah berkunjong ke reban SJD sebelom ini amat jarang melihat warna kuning mendominasi bilek-bilek reban SJD.

Namun, setelah melalui beberapa transformasi indok dan jugak bapak, maka laherlah anak-anak kecil kuning yg tak seberapa ni.. Dalam kuning tu ada lagi yg terselit warna-warna ara...ehehehehe.. Dalam posting kali ni SJD tunjukkan ekor anak hasel dari reban SJD ni :)

Thursday, November 10, 2011

Pertandingan Di Alor Setar 19/11/2011 (Sabtu)

Tajok: Pertandingan Kesenian dan Kecantekan Ayam Serama (Game kecik)

Anjuran: Alor Setar Serama Group

Tarekh: 19 November 2011 (Sabtu)

Tempat: Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah (Bersebelahan Kompleks Mahkamah)

Masa: Bermula jam 11 pagi (PENDAFTARAN TUTOP 1 PETANG)

Yuran Penyertaan: RM30

Kategori:
Ayam A (Berat 360 gram dan ke bawah)
Ayam B (Berat 361 gram dan ke atas)
Ayam Tanpa Lawi
Ayam Muda
Ayam Remaja
Anak A (Berat 110 gram dan ke bawah)
Anak B (Berat 140 gram dan ke bawah)
Ayam Betina

Hadiah:
Johan = RM150
Naib Johan = RM100
Ketiga = RM80
Saguhati = Tilam Toto (30% dari penyertaan)
Cabutan Bertuah = Bonanza RM300 (1 cabutan)
= RM50 (4 cabutan)
= Hamper (10 cabutan)
Best Of The Best = RM100+Piala

Pengadel: PERKASA

Maklumat Lanjut Hubungi:
Dr. Wazir (0194409543)
Cikgu Lah (0197273575)
Richard Door (0125611949)
Khairi Sik (0124778204)
Wan Jalan Day (0143496116)





datanglah beramai-ramai :)

Thursday, November 3, 2011

Anak-anak Lagi Bersama Transformasi Kubing SJD




Beberapa gambar anak-anak yang terdapat di reban SJD.. Disamping itu gambar seekor lagi remaja Kubing SJD yang telah ditransformasikan aksesori serta cutting tubohnya menjadi lebih halus...hahaha