Wednesday, July 21, 2010

SRI VISTANA


Serama milek Cikgu Lah yang menjadi Johan Kategori Muda pada pertandingan kecik di Seberang Jaya 10 Julai 2010 yang lepas.. Berasal dari reban peminat serama yang tidak asing lagi di Kg. Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, serama ini telah berpindah tangan ke reban Cikgu Lah pada usia remaja.. Nampak biasa saja pada peringkat awal..

Namun dengan berkat kepercayaan dan keyakinan akan asal usol baka ini ianya ditunggu dengan penoh sabar oleh pemilek baru.. Dan pada usia awal mudanya ini maka gayanya telah mula ditonjolkan kepada semua peminat serama yg sempat menyaksikan aksinya pada bond 10 Julai yang lepas.. Inilah dia serama Sri Vistana!!