Monday, December 26, 2011

Kecil-kecilan. . .



Tiada penceritaan khusus untok tajok SJD kali ni.. Sekadar mengupdate blog dengan memaparkan antara produk terbaru di reban SJD.. Anak kecil berwarna ara beserta dengan seekor ayam kuning yang baru menginjak ke usia muda.. Yang pasti kehalusan saiznya terus dikekalkan..

Thursday, December 15, 2011

Bapak Kuning Tasek


Bapak ini semasa usia remaja dan awalnya ramai yg berminat (ada dalam posting SJD terdahulu dlm tajok 'Salam Syawal').. Ada juga cuba yg merisek tapi tak berani nak ambil sebab takut tak boleh mengeluarkan benih.. SJD sendiri pun tak meletakkan harapan 100% cuma yang SJD janjikan, SJD akan berusaha serta memikirkan kaedah terbaek bagaimana untok mengadunkan bapak ini dengan pasangannya untuk menurunkan baka..

Alhamdulillah, akhernya bapak kuning yang diberi nama Kuning Tasek ini telah berjaya menghaselkan anak bersama pasangannya..

Cutting, tuboh yang halus, serta aksesori yg lengkap (pada pendapat SJD la) disamping gayanya berjaya menutop kelemahan ketaranya yaitu berekor senget.. Walaupon timbol keinginan untok dibaek pulih bagi menyertai pertandingan, namun atas faktor jangka panjang SJD lupakaan saja itu semua.. Yang penting baka dan darah keturunannya perlu diturunkan di reban SJD..haha.. Bagi mereka yang pernah melawat reban SJD pasti anda tahu salasilah dan asal usolnya seperti mana yg pernah SJD khabarkan dahulu..

Usaha tangga kejayaan... Jadi, renung-renungkanlah dan selamat beramal :)

Wednesday, December 7, 2011

Lagi Baharu. .

Kat sini ada dua ekor anak B dari reban SJD.. Bapak yang sama (bapak pun bukan dari reban SJD ni..ehehehe) tapi berlainan ibu.. Sebelom bapaknya bertukar reban, sempat la mengeluarkan hasel dan menurunkan bakanya.. Diharap kesinambungan kehebatan baka ini terus diwarisi lagi kepada pelapis-pelapisnya yang telah mula menunjokkan taring di beberapa pertandingan kebelakangan ini..

Antaranya gambar yang pertama ini, anak B tapi bercampur sikit warnanya.. Ada 5 bradek yg sama telor dengan anak ni, tapi 3 ekor dah bertukar reban.. Yang sekor tu pernah dibawa bertanding oleh pemilek barunya dan menggondol naib johan Anak A di Kedah bulan lepas serta seekor lagi mendapat tempat ke-3 bersama pemilek barunya pada pertandingan besar di Ipoh tempoh hari..


Dan gambar kedua ni pula anak B yang berwarna kuning bersih serta lengkap aksesorinya.. Slalunya ayam ini lebih slow pada usia sebegini.. Hehehe.. Nampak kat sini macam biasa saja, tapi inilah bakal pewaris kepada generasinya yang telah berpindah milek dari reban asal tuannya dulu.. :)

Monday, December 5, 2011

Kubings The Return (Video)


Setelah lama menunggu akhernya slow-slow dah kubing ni mai perangai jahat dia.. Walaupon ekor menyalin tak abes lagi ni, tapi ni la satu-satunya generasi kubing SJD untok dijadikan pengganti kepada bapaknya yang akan mencapai usia persaraan wajib tak lama lagi..

Hehe bermula dengan gambar semasa anak A yang SJD pernah uplodkan dulu, dan kali ni SJD uplodkan pula gambar dan video terbarunya.. Dengan cutting tinggi, halus dan aksesori yang lebih baek (cuma balong maseh dalam pembaikan) beserta dengan gayanya pasti ditunggu dengan penoh minat lagi oleh SJD sendiri..



Sunday, November 27, 2011

For Sale (Inspirasi Dari Che Mek Molek) -SOLD..tq buyer

Semakin hari semakin banyaklah pulak produk-produk betina di reban SJD ni.. Bila dah banyak mulalah kena fikirkan cara untok menambah reban bagi mengisi produk-produk baru ni.. Haha, dikesempatan ni ada la beberapa ekor anak yang SJD nak lepaskan dengan harga yang seswai..

Antaranya ada dua ekor anak betina (Rujok gambar 1 dan gambar 2) yang mempunyai cutting dan gaya menarek ketika usia anak ni.. Mudah-mudahan anak-anak ni akan mengikot dan melebihi kemolekan betina Che Mek Molek yang SJD pernah uploadkan dulu tu.Gambar 1 (Sold)

Gambar 2 (Sold)


Alang-alang dah mengetok keyboard komputer ni SJD boh la skali gambar-gambar lain lagi yang SJD rasa bolehla anda di luar sana datang merisek ke reban SJD ni tengok kut-kut ada hat berkenan.. Yang sekor ni pun anak betina jugak SJD nak lepaskan ni (Rujok gambar 3).
Gambar 3 (Sold)


Kalau yang kuning sekor ni pulak anak jantan (Rujok gambar 4).. Belom diasingkan lagi sebab bilek pun dah ngam ngam bagi bleh simpan je.. Adek-bradek dia yang sebelom ni pun telah bertukar reban dan pernah mendapat naib johan kategori anak A pada game di Alor Setar 26 November yang lepas..
Gambar 4 (Sold)


Dan yang last (last untok tajok kali ni) ni pula anak kaler Ara (Rujok gambar 5).. Anak ni pun dah mula bergaya tapi ekor dia tikam kepala sikit.. Kalau yang buleh nak adjust ataupon rajen bab repair-repair ekor ni boleh la tanya khabar kalau berkenan..
Gambar 5 (Sold)

Hehe itu saja untok tajok kali ni..

Thursday, November 24, 2011

Kisah Serama Dalam Majalah Tempatan

Salam rakan-rakan serama sekalian.. Baru-baru ni SJD ke sebuah kedai buku berhampiran, tiba-tiba terpandang la satu majalah ni ada dengan gambar kucing kat depannya.. Selak sikit tengok isi dalamnya sepintas lalu maka ternampaklah gambar ayam serama.. Apa lagi, sambar la terus 1 naskah..hehe.. Berkesempatanlah SJD pada hari tersebot untuk memiliki majalah baru berkaitan dunia haiwan kesayangan kita yaitu majalah 'Jinak'.. Haa ni 1st time la majalah tu diterbitkan yang mana ia menceritakan hal atau dunia tentang hobi memelihara binatang peliharaan.. Ok, dalam tu seperti biasa la ada kisah haiwan dan gambar2 yang menarek serta info berkaitan beberapa pet shop terpilih.. So kepada rakan-rakan serama sekalian dapatkan majalah ni di pasaran sekarang.. Lepasni mana tau kut-kut artikel berkaitan ayam serama ataupun berkaitan pertandingan yang dianjorkan di tempat anda pula akan direview dalam majalah ni..haha.. Ni ada beberapa pic yg sempat SJD snap dari artikel serama dalam majalah Jinak untok edisi Disember 2011..

Monday, November 21, 2011

Senarai Pemenang Pertandingan Di Alor Setar

Alhamdulillah.. Syukor pertandingan ayam serama yg diadakan di Alor Setar baru-baru ini telah berakhir dengan selamatnya.. SJD yang mewakili pihak Alor Setar Serama Group (ASSG) mengucapkan terima kaseh kepada semua peserta yg sama-sama turun ke pertandingan yang julung kali pihak kami adakan ini.. Ada yang dari selatan semenanjung, Lembah Klang, Perak, Pantai Timur, Pulau Mutiara, Langkawi, Kedah dan Perlis yang jauh dan dekat semuanya turot sama mengambil bahagian.

Dikesempatan ini, SJD dan seluruh warga ASSG ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Penang Serama Group dan Kelab Serama Kedah serta semua krew kerja yang turut sama membantu pihak kami dalam memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar.

Cuma kali ni tak sempat pulak pihak kami men'snap' gambar pertandingan.. Hehe kat bawah ni SJD senaraikan nama-nama pemenang yang mengungguli carta Top 3 bagi setiap kategori yang dipertandingkan dan jugak Best of The Best pada hari tersebot.. Tahniah kepada semua pemenang..

ANAK A
1. Mizi Idris
2. Serama Ehsan
3. Madi Ipoh

ANAK B
1. Zul Tok Bidan
2. Ah Chun
3. Ahmad

REMAJA
1. Cikgu Man Pendang
2. Serama Ehsan
3. Che Mat Kulim

MUDA
1. Fizan
2. Serama Bang
3. Che Mat Kulim

TANPA LAWI
1. Khairy Sik
2. Dee Penang
3. Serama Sri Lundang

SERAMA A
1. Serama Ridzal Yan
2. Dragon
3. Serama Sri Pauh

SERAMA B
1. Mustaqim
2. Rosdi Langkawi

SERAMA BETINA
1. Dragon
2. Uncle Loh
3. Azmi Kebab

BEST OF THE BEST - Serama Ridzal Yan (Serama A)

Monday, November 14, 2011

Bila Kuning Menguasai Reban SJD



Hampir melabohkan tirai 2011, maka pada penghujong tahon ini SJD berkesempatan melihat hasel-hasel serama yang laher di reban sendiri kali ni lebih menjurus ke arah warna kuning.. Memang benar, bagi sesiapa yg pernah berkunjong ke reban SJD sebelom ini amat jarang melihat warna kuning mendominasi bilek-bilek reban SJD.

Namun, setelah melalui beberapa transformasi indok dan jugak bapak, maka laherlah anak-anak kecil kuning yg tak seberapa ni.. Dalam kuning tu ada lagi yg terselit warna-warna ara...ehehehehe.. Dalam posting kali ni SJD tunjukkan ekor anak hasel dari reban SJD ni :)

Thursday, November 10, 2011

Pertandingan Di Alor Setar 19/11/2011 (Sabtu)

Tajok: Pertandingan Kesenian dan Kecantekan Ayam Serama (Game kecik)

Anjuran: Alor Setar Serama Group

Tarekh: 19 November 2011 (Sabtu)

Tempat: Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah (Bersebelahan Kompleks Mahkamah)

Masa: Bermula jam 11 pagi (PENDAFTARAN TUTOP 1 PETANG)

Yuran Penyertaan: RM30

Kategori:
Ayam A (Berat 360 gram dan ke bawah)
Ayam B (Berat 361 gram dan ke atas)
Ayam Tanpa Lawi
Ayam Muda
Ayam Remaja
Anak A (Berat 110 gram dan ke bawah)
Anak B (Berat 140 gram dan ke bawah)
Ayam Betina

Hadiah:
Johan = RM150
Naib Johan = RM100
Ketiga = RM80
Saguhati = Tilam Toto (30% dari penyertaan)
Cabutan Bertuah = Bonanza RM300 (1 cabutan)
= RM50 (4 cabutan)
= Hamper (10 cabutan)
Best Of The Best = RM100+Piala

Pengadel: PERKASA

Maklumat Lanjut Hubungi:
Dr. Wazir (0194409543)
Cikgu Lah (0197273575)
Richard Door (0125611949)
Khairi Sik (0124778204)
Wan Jalan Day (0143496116)





datanglah beramai-ramai :)

Thursday, November 3, 2011

Anak-anak Lagi Bersama Transformasi Kubing SJD




Beberapa gambar anak-anak yang terdapat di reban SJD.. Disamping itu gambar seekor lagi remaja Kubing SJD yang telah ditransformasikan aksesori serta cutting tubohnya menjadi lebih halus...hahaha

Sunday, October 30, 2011

Keriuhan Gabungan Jalan Day+Vistana


Yang ni pulak antara gambar terbaru generasi anak hasel produk SJD dan gabungan Jalan Day+Vistana yang terdapat di reban SJD ni.. Semuanya belom lagi diasingkan.. Dan dah menjadi kebiasaan SJD yg memang takkan asingkan anak kecil macamni lagi.. Hehe.. Ada lagi gambar lapisan generasi anak-anak yang lain, tunggu lain waktu SJD upload pulak..

Saturday, October 29, 2011

Remaja Ara-Kubing SJD (Sold..tq buyer)


Kali ni SJD upload pula remaja kt reban SJD ni..cantuman Kubing SJD bersama dengan indok Ara SJD yg membuahkan hasel sebegini.. Mulanya berlunjor saja,tapi dah menginjak ke usia sebegini barulah mula menampakkan gayanya, dan itulah yg SJD tunggu.. No komen pada peringkat awalnya.. Hanya tersenyum saja bila ada rakan-rakan yg datang membuka pintu dan tutop cepat2 reban ayam ini pada peringkat awalnya dahulu..haha.. Mungkin ada yg perlu diupgraade lagi dari segi aksesorinya.. Yang penting teruskan usaha mencuba dan memperbaiki apa yang ada.. Kalu ada yg berminat buleh datang tengok dulu ye :)

Sunday, October 9, 2011

BPR - Bumi Putra Rockers



Kategori: Remaja

Pemilek: Cikgu Lah Vistana

Ulasan: Tunggu kehaderan ayam ini pada game2 yg terdekat












p/s: Sri Palas Jr.??

Monday, September 26, 2011

'Che Mek Molek' - Datuk M Daud Kilau


"...Senyumlah, senyumlah ahai cik mek molek.. senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek.. senyumlah, senyumlah ahai cek mek molek..."

Lagi keluaran SJD yang mana dara ini bakal menuroti jejak langkah indok-indok yang lain..selam, bergaya dan halus.. Muga terus dimurahkan rezeki agar dara bersaiz sebegini mampu menurunkan zuriatnya sendiri.. Indok-indok kecil SJD yang lepas jugak telah berjaya bertelor dan menurunkan baka walaupon dengan penoh kesusah payahan untok mereka mengeram dan membesarkan anak.. Hehe, nanti SJD update lagi apa status anak-anak indok kecil SJD tu..

Hah, ada lagi anak ara..nindia SJD update sikit pasal anak ara yg tak seberapa ni.. Hmmm, renung-renungkanlah dan selamat beramal...hehe :)


Tuesday, September 20, 2011

Bila Reban Kembali Penoh..


Gambar indok halus bersama anak kecilnya yg maseh baharu di reban SJD.. Indok halus ini adalah antara beberapa ekor indok yang sempat menetaskan anak sepanjang bulan Syawal ini.. Nanti SJD updatekan pula beberapa ekor anak kecil lain lagi yang keluar di reban SJD.. Maka reban pun sudah kembali penoh..haha

Sunday, September 18, 2011

Salam Syawal..




Antara serama muda yg bakal diadunkan sebagai pembaka reban SJD selepas ini.. Muga akan laher anak-anak yg lebih menjurus kepada bakanya yg asal ini.. Tuboh,warna,gaya dan kehalusan saiznya akan dipertingkatkan selari dengan kehebatan industri serama tanah air.. Dikesempatan ini belomlah terlambat lagi kiranya untok SJD mengucapkan Salam Aidelfitri kepada seluroh peminat serama tanah air dan luar negara.. Maaf zaher baten dari saya, Serama Jalan Day..

Tuesday, August 9, 2011

1,2,3,4 Ekor Anak Kubing SJD


Bulan Ramadhan tahon ni reban SJD mula dipenohi dengan stok anak-anak kecil beberapa pembaka dari reban sendiri.. Untok kali ini SJD muatkan dulu gambar 4 ekor barisan anak pembaka Kubing SJD.. 4 ekor anak ini merupakan anak selepas generasi Paroh Kubing yang telah SJD jual terdahulu (ada dalam tajok SJD yg lepas-lepas).. Nampak biasa sajakan? :)

Monday, August 1, 2011

Anak A Serama Jalan Day


Naib johan kategori anak A pada pertandingan di Perlis 30 Julai yang lepas.. Dikesempatan ini juga SJD ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua peminat serama beragama Islam di seluroh dunia.

Thursday, July 28, 2011

Aksi Terkini 4 Kali 'Best Of The Best' - Sri Palas



- Best Of The Best Setiu, Terengganu
- Best Of The Best Kuala Lumpur
- Best Of The Best Ipoh, Perak
- Best Of The Best Tasek Kenyir, Terengganu



SJD berkunjong ke reban pemilek Sri Palas yaitu Cikgu Lah Vistana untok sesi photoshoot Sri Palas sebelom berehat panjang menjelang Ramadhan nanti.. Tidak syak lagi, Sri Palas maseh lagi mengekalkan momentum gaya selam lonjaknya walaupon hari dah nak menjangkau ke senja :)

Sunday, July 24, 2011

For Sale: Anak Ara SJD (Sold)



Anak Ara hasel dari reban SJD sendiri.. Untuk dijual dengan harga RM350 dalam tempoh terdekat ini :)



Kedua-dua photo di atas adalah ayam yang sama.. TQ!

Monday, July 18, 2011

Update Anak Reban SJD



Salam.. takda apa nak kongsi sangat untok tajok kali ni.. Sekadar nak meramaikan lagi industri serama Malaysia dengan kelaheran produk-produk serama di reban masing-masing saja.. SJD pon tak ketinggalan nk update la serba sikit anak Legasi Nur Kaseh yg tak seberapa dari reban SJD ni.. hehe.. Target SJD untok menghaselkan serama yang lebih halus+bergaya agar boleh jadi macam Sri Palas.. haha :)

Wednesday, July 6, 2011

Best of The Best!!




Inilah dia si gegar dan lonjak selam yang halus..Sri Palas!

Johan Remaja & Best of The Best..
Pada Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama 2 Julai 2011 , Kuala Lumpur.. Ayam milek Cikgu lah Vistana.. Maaf sempat shoot 1 gambar ni ja dulu untok kali ini.. Insyaallah kalau tiada apa halangan pemileknya akan bawa turon ke game-game yg terdekat untok lebih mudah ditatapi semua peminat.

Tuesday, June 28, 2011

Sri Palas pulak dah....!!!



Nama: Sri Palas.

Usia: Remaja.

Pemilek: Cikgu Lah Vistana (Terbaru di rebannya).

Apa kata survey: Halus, kecil molek, mantap dan bergaya padu. (Geram macam nk ambik boh dlm poket, bawak balek je..hehe)

Catatan : Bukan untok dijual, hanya tatapan umum sahaja.

Dari SJD : Hehe..SJD pn tak mau komen banyak dah pasal ayam ni, sapa yg pernah lihat pasti akan mengetahui kehebatan dia.. Nak tengok lagi detail, tunggu sahaja pada game-game yg terdekat..Insyaallah Sri Palas ni akan beraksi di atas meja.

Jumpa lagi!!

Sunday, June 26, 2011

For Sale: Anak Betina Pasangan Paroh Kubing




SJD nak jual anak betina adek bradek Paroh Kubing seperti gambar ni..Banyak sgt nak simpan pun,penoh reban nanti kalo simpan betina banyak-banyak.. Anak ni nampak berlunjor je sama seperti ibunya,khas untok buat baka.. RM150 seekor (Untuk masa ni je la).. Kalau amik 2ekor SJD percumakan dgn tambang bas untuk hantar ke tempat yg diminta.. TQ!

Sunday, June 12, 2011

Paroh Kubing Anak B: Errk...for sale ke ni?? (SOLD)

Syukorrr..alhamdulillah..pertama skali SJD melaherkan rasa syukor kerna anak-anak di reban SJD telah mula menampakkan potensinya.. Gambar-gambar dan video di bawah ini adalah anak yg pernah SJD tawarkan untok jualan pada usia anak A yg lalu, namun maseh tersimpan rapi dalam reban SJD sehingga kini kerna pembeli lebih tertarek kepada anak betina pada ketika tersebot..hehe..









Dan setelah diasingkan, barulah nampak akan gaya lonjak anak-anak B ini.. SJD bersedia buka utk jualan anak-anak B ini,kalau tak jual pon memang SJD akan siapkan anak ni untok pertandingan 25Jun nanti.. Kepada yg berminat blehlah merisek-risek dgn SMS kan kpd SJD, yg pastinya harga bukanlah seperti ketika anak A dahulu..

Oh ya,sebelom SJD membalas SMS mereka yg bertanya dgn pnjang lebar nanti eloklah kiranya membaca entry SJD ini terlebih dahulu.. Anak-anak ini adalah baka yg dihaselkan sendiri di reban SJD setelah melalui beberapa proses biak turon baka secara berlapis-lapis.. Semakin keluar semakin berhasel,dan itulah target SJD.. Yang pasti tidak berputus asa..

Dua gambar dan video dibahagian atas dinamakan Paroh Kubing SJD.. Parohnya yg sedikit terlebih di bahagian bawah namun tidak begitu ketara sgt selepas SJD lakukan sedikit 'trim' kat parohnya selepas sesi photoshoot ini diambil..

Manakala dua keping gambar di bawah ini pula adalah adek beradeknya jugak yg lengkap tanpa ada lebihan paroh pun.. SJD maseh lg menantikan potensi anak ini yg mana belom lonjak sepenohnya lagi seperti saudaranya yaitu si Paroh Kubing di atas.. Itu saja serba sikit penerangan SJD tentang entry SJD kali ini..





Sekian terima kaseh..hehe

Wednesday, June 8, 2011

Good To See, Nice To Hold. . .



Johan Muda pada Pertandingan Ayam Serama Karnival Langkawi Geopark 4 Jun 2011.. Inilah dia serama muda milek Cikgu Lah Vistana.. Rakan yang sama terjatoh dan terbangun bersama SJD dalam dunia berserama ini (tapi SJD yg banyak terjatoh je..hehe), mengunggoli kategori muda di Pulau Lagenda Mahsuri pada 4 Jun yang lepas, mula menunjokkan taring untok terus menakluki beberapa lagi siri pertandingan sepanjang tahon ini..




Nahhh, lihatlah keunikan serama ini bagi mereka yg berada jauh tak kira dalam ataupon luar Malaysia, inilah yang dikatakan Serama Sri Lada milek Cikgu Lah Vistana.. Yeahhhh tahniah Cikgu!!