Thursday, December 15, 2011

Bapak Kuning Tasek


Bapak ini semasa usia remaja dan awalnya ramai yg berminat (ada dalam posting SJD terdahulu dlm tajok 'Salam Syawal').. Ada juga cuba yg merisek tapi tak berani nak ambil sebab takut tak boleh mengeluarkan benih.. SJD sendiri pun tak meletakkan harapan 100% cuma yang SJD janjikan, SJD akan berusaha serta memikirkan kaedah terbaek bagaimana untok mengadunkan bapak ini dengan pasangannya untuk menurunkan baka..

Alhamdulillah, akhernya bapak kuning yang diberi nama Kuning Tasek ini telah berjaya menghaselkan anak bersama pasangannya..

Cutting, tuboh yang halus, serta aksesori yg lengkap (pada pendapat SJD la) disamping gayanya berjaya menutop kelemahan ketaranya yaitu berekor senget.. Walaupon timbol keinginan untok dibaek pulih bagi menyertai pertandingan, namun atas faktor jangka panjang SJD lupakaan saja itu semua.. Yang penting baka dan darah keturunannya perlu diturunkan di reban SJD..haha.. Bagi mereka yang pernah melawat reban SJD pasti anda tahu salasilah dan asal usolnya seperti mana yg pernah SJD khabarkan dahulu..

Usaha tangga kejayaan... Jadi, renung-renungkanlah dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment